Didakwa Cederakan Mangsa Di Kepala, Tangan Dan Leher, 2 Wanita ‘Lamborghini’ Dihadap Ke Mahkamah

Berita

Didakwa Cederakan Mangsa Di Kepala, Tangan Dan Leher, 2 Wanita ‘Lamborghini’ Dihadap Ke Mahkamah

Rasanya ramai saja yang kenal dengan dua usahawan wanita yang memiliki kereta mewah, Lamborghini yang sebelum ini sering menunjukkan kekayaan dimiliki di media sosial.

Bahkan sempat meluahkan rasa risau apabila sedang bercuti di negara, Indonesia kerana memikirkan keadaan Lamborghini yang hampir tenggelam kerana banjir melanda di negeri Kelantan.

Advertisement

Baru-baru ini, sekali lagi Ayunie Osman dan Farhana Ismail bersama 3 lagi individu menjadi perhatian kerana didakwa telah mencederakan seorang wanita dan seorang lelaki pada Julai tahun lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BOSS OF VITAMILK (@ayunieso_)

Difahamkan, mangsa wanita mendakwa dirinya cedera hingga meninggalkan kesan di bahagian kepala, tangan dan leher, manakala mangsa lelaki pula cedera di bahagian sama serta lutut belah kiri.

Susulan dakwaan mencederakan individu, mereka telah pun diheret ke mahkamah dan selaku peguam tertuduh, Ahmad Adha Amir memohon pihak mahkamah membenarkan anak guamnya dijamin dengan harga yang rendah kerana nilai asal dikatakan terlalu tinggi.

Mahkamah izinkan permohonan terbabit dan mereka dijamin sebanyak RM2000 seorang dengan seorang penjamin.

Ig Story

Apabila meninjau di Instagram usahwan tertuduh itu, kedua-duanya berdoa agar pengajaran setimpal akan diberi kepada pihak yang telah menganiaya mereka.

2 years ago

"Mana Yang Berlagak Sangat Hari Tu" - Dulu 'Viral' Sebab Perlekeh Orang Langkawi, Lamborghini Usahawan 'Sangkut' Dalam Banjir

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...