Didakwa Buat Lawak Lucah, Shuib Sepahtu Tampil Mohon Maaf

Hiburan

Didakwa Buat Lawak Lucah, Shuib Sepahtu Tampil Mohon Maaf

Selepas aksinya memarut kelapa dalam program Sepahtu Live Reunion didakwa berunsur lucah, pelawak dan usahawan tersohor tanah air, Shuib Sepahtu kini tampil membuat permohonan maaf.

Advertisement

Kataya, beliau langsung tidak mempunyai niat beraksi lucah namun hanya sekadar untuk melawak.

“Minggu lepas di Sepahtu Reunion pada hari Khamis, ada satu babak tu saya buat memarut kelapa. Jadi babak tu dah jadi kontroversi pula. Jadi di sini saya dengan rendah dirilah nak memohon maaf kepada mereka yang terasa hati, kepada mereka yang rasa babak tersebut tidak patut dilakukan. Saya nak beritahu, ikhlas daripada hati saya, ketika melakukan babak itu, saya tidak ada maksudkan apa-apa. Tak ada nak pergi ke lucah ke, tak ada. Saya hanya nak buatkan orang ketawa sahaja. Tiada niat apa-apa. Tapi itulah, kalau kata ada yang terasa hati, saya minta maaf banyak-banyak.”

Ujarnya lagi, beliau kini berjanji tidak mengulangi perkara sama lagi bahkan turut menyeru ramai agar terus menyokong program lawak berkenaan.

“Insya Allah, ke depan saya tidak akan buat lagilah benda-benda yang macam itu.”

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...