Didakwa Boleh Penuhi ‘Keinginan’, Ada Berani Cuba Kerepek Kaca Nafsu?

Branded

Didakwa Boleh Penuhi ‘Keinginan’, Ada Berani Cuba Kerepek Kaca Nafsu?

Berlegar-legar di laman sosial satu produk baru yang menarik perhatian. Nama pun lain macam. Unik, langsung tak pernah dengar sebelum ni.

Kerepek Kaca Nafsu! Unik kan? Dari namanya pun mesti ramai yang tertanya-tanya, macam mana agaknya rasa kerepek tu.

Dikatakan Kerepek Kaca Nafsu ada 4 perisa yang boleh korang cuba. Antaranya seperti Tamak Harta, Awet Muda, Gila Kuasa dan Viral Glamer. Anda boleh pilih perisa kerepek mengikut nafsu anda dan keinginan anda pasti akan dipenuhi.

Kerepek bukan sebarang kerepek, rupanya..

Kalau nak tahu, Kerepek Kaca Nafsu ini sebenarnya antara usaha untuk mempromosikan Viu Original terbaru, Nafsu.

Siri ini dibintangi pelakon handalan Malaysia antaranya Kamal Adli, Azira Shafinaz, Aqasha, Khayrisyah Kemal dan Nia Atasha.

Siri ini berkisar mengenai Sam yang mempunyai sixth sense dan berupaya melihat alam ghaib. Dengan kelebihannya ini dia menjadi bomoh dan menipu orang-orang berada.

Apabila Dina, bekas kekasih Sam datang meminta pertolongan mencari Alia, adik perempuannya yang hilang selepas mendengar suara-suara aneh, Sam menggunakan anugerahnya bagi membantu Dina. 

Tanpa disangka-sangka mereka terjebak dengan kegiatan misteri sekumpulan individu dan ketua mereka yang bernama Gusti.

Siri seram thriller ini mengangkat tema nafsu yang dimiliki setiap daripada kita. Mungkin dalam diam, ada terdetik keinginan yang perlu dilampiaskan, walaupun dengan jalan yang salah.

Dan kerepek kaca ini diinspirasikan daripada satu adegan di dalam siri ini dimana Aqasha akan memakan kaca. Dan perisa-perisa yang ada ini merupakan jenis-jenis nafsu yang terdapat di dalam drama ini. 

Nak cuba sendiri Kerepek Kaca Nafsu?

Teringin nak rasa Kerepek Kaca Nafsu ini? Jom beramai-ramai ke tayangan percuma episod 1 Viu Original Nafsu ini. Rasai pengalaman menonton Viu Original Nafsu di pawagam dan menikmati kerepek kaca nafsu ini. 

nafsu premiere

Jom saksikan Viu Original Nafsu bermula 27 Jun ini dengan dua episod terbaru setiap Khamis, hanya di Viu. 

Follow mereka di Facebook, Instagram dan TikTok untuk update terkini rancangan hiburan Asia terbaik dan terbaru.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...