Didakwa Berpakaian Menyerupai Agama Lain, Prince Syed Tampil Beri Penjelasan – “Ini Pakaian Keluarga Kami..”

Trending

Didakwa Berpakaian Menyerupai Agama Lain, Prince Syed Tampil Beri Penjelasan – “Ini Pakaian Keluarga Kami..”

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Prince Syed dan isterinya Fatin Syazwani sekali lagi mencuri perhatian netizen gara-gara penampilan mereka di sebuah majlis hari jadi baru-baru ini.

Menerusi beberapa foto yang dimuat naik di Facebook, pasangan itu dilihat mengenakan pakaian bertemakan budaya kaum lain lengkap dengan aksesori seperti kalungan bunga di leher. Namun, gaya tersebut mengundang pelbagai reaksi di mana ada yang memuji kreativiti mereka, tetapi tidak kurang juga yang mempertikaikan.

Advertisement

Segelintir netizen menyuarakan kebimbangan dan menyifatkan pemilihan tema itu sebagai kurang sensitif, terutamanya apabila ada unsur yang dilihat seakan menyentuh elemen keagamaan dan ada yang mendakwa gaya tersebut menyerupai adat dan budaya agama lain.

pakaian prince syed menyerupai agama lain

Tidak berdiam diri, Prince Syed tampil menjelaskan pakaian tersebut langsung tiada kena-mengena dengan unsur keagamaan seperti yang didakwa, sebaliknya ia merupakan sebahagian daripada warisan dan budaya keturunan keluarganya sendiri.

Dia turut menyifatkan tuduhan yang dilemparkan sebagai tidak berasas dan berharap orang ramai tidak terlalu cepat membuat andaian.

Awak mungkin melayu asli, kami berdarah campur ya. Apa yang ikut budaya atau agama lain? Ini pakaian keluarga kami juga sebab kami Arab mix Chinese mix Indian.

pakaian prince syed menyerupai agama lain

Dia turut menegaskan bahawa sepanjang majlis itu berlangsung, tiada sebarang perbuatan atau perlakuan yang bertentangan dengan agama berlaku.

Ada nampak kami buat benda bukan-bukan? Ada nampak kami ikut ritual agama lain ke sepanjang majlis tu? Budaya apa sebenarnya yang awak cuba isukan ya?

 

Kalau kami pakai pakaian Indian sekalipun, sekurang-kurangnya tutup aurat ya. Isteri saya pun berdarah India dan dia pakai saree tapi tak adalah nampak perut segala bagai.

pakaian prince syed menyerupai agama lain

Susulan itu, ada netizen yang sempat menyarankan agar pasangan ini lebih peka terhadap sensitiviti agama dalam setiap tindakan, apatan lagi dengan imej mereka sebagai pempengaruh.

pakaian prince syed menyerupai agama lain

Prince Syed sambut birthday kek RM200 ribu
2025-07-14 16:10:10

Kek Harga RM200K & Perhiasan Isteri RM2 Juta, Majlis Hari Jadi Prince Syed Raih Perhatian - "Pakaian Simple Je Kali Ni..."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...