Didakwa Bermasam Muka Dengan Qasrina Karim, Akhirnya Erysha Emyra Respon – “Saya Rasa, Dia…”

Hiburan

Didakwa Bermasam Muka Dengan Qasrina Karim, Akhirnya Erysha Emyra Respon – “Saya Rasa, Dia…”

Pelakon baru, Erysha Emyra tampil menafikan spekulasi mengatakan terdapat perselisihan di antara dirinya dan heroin drama Thariq Ridzuwan: His Treasure iaitu Qasrina Karim.

Ketika ditemu bual, aktres berusia 25 tahun itu bagaimanapun memilih untuk tidak mengulas lanjut tentang isu berkenaan kerana hal tersebut agak peribadi untuk dikongsikan secara terbuka.

Advertisement

Saya tiada nak komen banyak tentang perkara itu. Hubungan kami okay saja, tiada bermasam muka. Sebelum ini, kami pernah berjumpa di majlis dan kami juga saling berhubung.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erysha Emyra (@eryshaemyra)

Heroin drama Rumah Tanpa Luka itu juga akui tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya dia digandingkan bersama Qasrina dalam drama di masa akan datang.

Tambahnya, isu yang berlaku di antara mereka berdua bukanlah sesuatu hal yang besar dan berkata dia dan Qasrina mempunyai cara tersendiri untuk mengendalikan masalah namun bergantung kepada situasi.

Saya rasa ramai yang pernah melalui situasi seperti itu tetapi yang bezanya situasi kami ini diberi perhatian kerana kami dikenali. Kami tiada apa-apa masalah pun. Saya rasa dia pun okay saja dengan saya.

Erysha Emyra dan Qasrina Karim dulu

Terdahulu, tular dakwaan mengatakan hubungan akrab di antara Erysha dan Qasrina didakwa retak apabila dua aktres berkenaan tidak lagi mengikuti satu sama lain di Instagram.

pelakon unfollow
2025-07-14 16:57:36

Qasrina Karim & Erysha Emyra Saling 'Unfollow' IG? Peminat Rindu Keakraban Duo Popular Itu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : OHBULAN!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...