Didakwa Beri Imej Buruk Islam Itu Pengganas, Filem Polis Evo 2 Diboikot?

Hiburan

Didakwa Beri Imej Buruk Islam Itu Pengganas, Filem Polis Evo 2 Diboikot?

Polis Evo 2 antara filem yang paling dinantikan oleh rakyat Malaysia pada tahun ini. Dibintangi oleh barisan pelakon mantap seperti Shaheizy Sam, Zizan Razak, Erra Fazira, Hasnul Rahmat dan penampilan khas aktres terkenal Indonesia, Raline Shah tentunya ia dijangka mendapat sambutan yang cukup hebat.

Advertisement

Bakal ditayangkan pada 22 November ini, timbul pula kontroversi dimana ada sesetengah pihak yang ingin memboikot filem ini kerana memberikan imej buruk terhadap Islam. Ia jelas ditonjolkan menerusi watak ketua pengganas Hafsyam Jauhari lakonan Hasnul Rahmat yang membawa imej Islamik lengakap dengan serban.

Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan filem ini dan mempersoalkan mengapa filem tempatan harus mengikut jejak langkah Hollywood serta media barat yang selama ini sudah cukup teruk meghina dan memburukkan Islam.

Apa pendapat anda? Perlu ke kita memboikot sesebuah filem sedangkan ia belum pun ditayangkan lagi?

Kredit Video : Astro Shaw

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...