Pelakon Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, memilih untuk berdiam diri selepas namanya dikaitkan dengan dakwaan seorang artis lelaki yang didakwa berhibur di kelab malam bersama rakan wanita.
Ketika dihubungi pihak mStar, Beego hanya memberi jawapan ringkas dengan menegaskan tidak mahu mengulas sebarang isu buat masa ini. Namun, beliau berjanji akan memberikan penjelasan lanjut dalam satu sidang media yang bakal diadakan. Katanya ringkas,
Maaf, tiada komen. Nanti saya akan buat sidang media.
Terdahulu, sebuah portal melaporkan kisah seorang aktor dan penyanyi yang dikatakan kerap dilihat berhibur di kelab malam. Laporan itu turut menyebut selebriti berkenaan sedang menghadapi kemelut rumah tangga.
Ekoran itu, nama Beego menjadi sebutan netizen di ruangan komen kerana kes perceraiannya dengan pelakon Linda Hashim masih berlangsung di mahkamah. Walau bagaimanapun, Beego memilih untuk tidak mengulas sehingga sidang media rasmi dibuat.