Timbul spekulasi bahawa berlaku perselisihan antara Syada Amzah dan kakaknya, penyanyi Shila Amzah selepas mereak dilihat saling ‘unfollow’ di Instagram masing-masing.
Menerusi Instagram story, Syada telah tampil menjelaskan perkara tersebut untuk meredakan keadaan dan tidak mahu orang ramai salah erti.
Kata Syada tujuannya membuat hantaran sebelum ini adalah kerana mahu memberikan semangat kepada Syahir yang pertama kali memasuki pertandingan menyanyi tanpa ahli kumpulannya yang lain.
Saya ada tulis sokongan kepada The Amzahs. Kalau saya tidak okay (dengan Shila) saya takkan cakap The Amzahs.
Tambahnya, dia sentiasa ‘pering dingin’ dengan semua adik beradiknya dan ia adalah perkara biasa malah Syada ada bertegur dengan kakaknya di sebuah acara dan berpelukan.
Cakap pasal dingin, I memang sentiasa perang dingin dengan semua adik beradik. Saya terjumpa dia, elok je bertegur sapa, tak tarik rambut jangan risau semua, risau pasal keluarga sendiri dulu ok?