Didakwa Bergaduh Dengan Bella Astillah, Pelakon Lelaki Bersuara – “Saya Tak Mahu ‘Interframe’ Momen Dia Dengan Syed Saddiq”

Hiburan

Didakwa Bergaduh Dengan Bella Astillah, Pelakon Lelaki Bersuara – “Saya Tak Mahu ‘Interframe’ Momen Dia Dengan Syed Saddiq”

Tujuh tahun bergelar anak seni, namun nama penyanyi Daniesh Suffian, 27, masih belum benar-benar meniti di bibir ramai.

Sebelum ini, Daniesh pernah menjadi bualan warganet, namun bukan kerana karya seninya, sebaliknya lebih kepada kisah peribadinya bersama artis sensasi, Bella Astillah.

Advertisement

Keadaan itu turut menimbulkan cakap-cakap sumbang yang mendakwa penyanyi itu cuba menumpang populariti teman baiknya tersebut.

Orang salah faham, ingat saya bergaduh dengan Bella kerana tidak lagi buat konten bersama. Sebenarnya kami masih bertemu tapi di belakang tabir.

Daniesh turut menegaskan bahawa dia menghormati situasi Bella ketika ini dan tidak mahu menganggu momen bahagia teman baiknya bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

Sejujurnya saya hormat situasi Bella sekarang. Saya pun tak mahu ‘interframe’ momen dia bersama Syed Saddiq.

Malah, Daniesh juga tidak mahu menjadi punca sebarang persepsi negatif masyarakat terhadap pasangan itu, memandangkan Bella dan Syed Saddiq mempunyai kelompok peminat tersendiri yang dikenali sebagai BASS.

Saya gembira untuk Bella dengan apa yang dia sedang kecapi sekarang. Kita tahu sudah bermacam perkara yang dia hadapi sebelum ini.

“Bukan cuba menjauhi diri, tidak lama lagi kami akan ada projek bersama. Jadi nanti peminat dapat lihat kami berdua,” kongsinya menutup perbualan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

bella astillah syed saddiq
2025-09-10 08:52:57

Video Bella Astillah Teman Syed Saddiq Ke Ironman Dunia 2025 Di Perancis Jadi Tumpuan - "Kami Tunggu Team Ni Announce Kahwin"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Hib Glam

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...