Tular perkongsian seorang gadis dipercayai berusia belasan tahun baru-baru di TikTok mempamerkan gambar-gambarnya bersama pelakon dan penyanyi, Erry Putra.
Girlfriend ke?
Hantaran tersebut meraih perhatian ramai sehinggakan ramai yang bertanya di ruangan komen sama ada dia merupakan teman wanita kepada pelakon itu.
Menerusi hantaran itu, gadis terbabit memuat naik banyak gambar swafoto bersama Erry Putra yang diambil pada waktu waktu yang berbeza.
Selepas tular pula, gadis itu tidak memberi jawapan yang tepat dan seperti memberi bayangan bahawa mereka berdua merupakan pasangan cinta.
Apatah lagi, dia turut menggunakan lagu-lagu bertemakan cinta sebagai audio latar belakang hantaran yang dimuat naik olehnya di TikTok dan salah satunya adalah A Thousand Years nyanyian Christina Perri.
Erry dah jawab
Terbaru, pelakon berusia 46 tahun itu sudah memberikan penjelasan dan menafikan dakwaan bahawa dia menjalinkan hubungan cinta dengan gadis terbabit yang dikatakan berusia 16 tahun.
Kata Erry, dia menganggap gadis itu sebagai peminat biasa dan mengenalinya menerusi satu acara yang berlangsung di Pulau Pinang sebelum ini.
Saya tak pernah bercinta dengan mana-mana gadis bawah umur. Saya kenal dia sewaktu ada acara di Pulau Pinang. Selama 10 hari acara berlangsung, hampir setiap hari dia datang.
Tambah Erry, dia dan gadis itu berkenalan di situ dan akui ada mengambil gambar bersama-sama namun tidak pernah memberikannya nombor telefon.
Kami juga ada berkomunikasi menerusi Instagram. Disebabkan jarak umur kami yang begitu jauh, saya hanya menganggap dia seperti anak dan peminat.