Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Didakwa Bercinta Dengan Anak Sharifah Zarina, Alvin Chong Dikecam Netizen Kerana Pilih Gadis Bawah Umur?

Kecoh di media sosial Twitter apabila nama Alvin Chong tiba-tiba sahaja naik dan telah dikaitkan dengan hubungan cinta dengan gadis bawah umur, Athalia Deena Buswani yang juga merupakan anak kepada penyanyi Sharifah Zarina.

Ianya mula menjadi tular apabila beberapa video aplikasi TikTok pasangan ini berlegar-legar di media sosial dan telah mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen bahawa mereka berdua sedang menjalinkan hubungan cinta.

Advertisement

Namun, terdapat segelintir warga maya telah meluahkan rasa kurang senang kerana merasakan Alvin tidak patut bersama dengan gadis berkenaan memandangkan Athalia baru sahaja berusia 17 tahun dan akan menduduki SPM pada tahun ini.

Namun, anak kepada penyanyi lagu hits Langit Ke Tujuh ini tampil menjelaskan bahawa dia dan Alvin tidak pernah menjalinkan hubungan cinta dan hanya meluangkan masa bersama sebagai rakan dan tidak lebih dari itu.

Dalam pada itu, Sharifah Zarina turut berseloroh dan tidak melatah apabila berhadapan dengan isu tersebut. Dia dilihat telah memberi respon terhadap sebuah video TikTok yang menampilkan anak perempuannya itu dengan Alvin.

Advertisement

“Oh anak aku tu bukan main.. kata keluar nak belajar. Nasib baik kau keluar dengan artis handsome ya. Comel orangnya!” – Sharifah Zarina

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top