Didakwa Beraksi Songsang Atas Motosikal Dengan Pasangan, Pemuda Ini Beri Penjelasan

Trending

Didakwa Beraksi Songsang Atas Motosikal Dengan Pasangan, Pemuda Ini Beri Penjelasan

Baru-baru ni satu video didakwa aksi songsang dua orang pemuda ‘bermesra’ atas motosikal di tempat terbuka telah menjadi tular. dalam video itu yang dirakamkan di Sungai Isap, Kuantan, Pahang.

Saksi dikatakan melihat seorang lelaki memeluk lelaki lain dan beberapa kali mencium muka dan lehernya tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

Advertisement

Mereka didakwa tiada perasaan malu sebaliknya mereka ‘asyik’ melakukan perbuatan jijik meskipun beberapa kenderaan dilihat lalu lalang di kawasan berkenaan.

Malah video itu mendapat perhatian Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz yang menggesa pihak yang merakamkan kejadian itu membuat laporan kepada JAIP supaya mereka boleh membuat tindakan.

Namun begitu, seorang pengguna Twitter memberitahu, dia mengenali dua pemuda itu yang telah memberikan penjelasan apa yang sebenarnya berlaku melalui WhatsApp.

Ramai Netizen memberi kata-kata semangat kepada pemuda itu terhadap salah faham yang berlaku.

Apa pun, merakam video tanpa mengetahui konteks yang sebenar memang berbahaya. Diharap penjelasan ini akan menghentikan tohmahan orang ramai terhadap mereka berdua. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...