Tular di media sosial baru-baru ini apabila pempengaruh dan juga bapa yang mengendalikan akaun kanak-kanak Rania, Faris dikecam hebat kerana didakwa ‘grooming’ anak perempuannya yang masih kecil.
Difahamkan, penggunaan ayat seperti ‘mini-wife’ dalam video menampilkan Rania telah menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan netizen.
Bukan itu sahaja, Faris juga didakwa telah mengubah penampilan seorang kanak-kanak kepada gaya dewasa dan tidak selari dengan umurnya yang masih kecil.
Berikutan kecaman yang diterimanya begitu hebat, Faris menerusi satu hantaran di Threads tampil membuat kenyataan penjelasan dan permohonan maaf.
Menurut Faris, dia merupakan bapa tunggal dan telah menjaga Rania sejak umur 8 bulan.
Dia juga mengatakan Rania memang seorang kanak-kanak yang gemar berhias kerana sering menemaninya ke majlis formal dan sosial.
Disebabkan kami sering berdua, ramai kenalan saya mengenali Rania. Dari situlah dia terbiasa dengan penampilan kemas, suka bersolek, memakai pakaian cantik serta ada kalanya kasut tumit tinggi.
Berhubung istilah mini wife, ia sebenarnya hanyalah ungkapan sarkastik yang saya gunakan untuk membalas segelintir pihak yang sering melabelkan Rania dengan gelaran itu.
Sekadar info, ‘content’ Rania dan bapanya Faris mula mencuri tumpuan ramai di TikTok,apabila video-video mereka, yang memaparkan momen seperti Faris yang mengajar atau membantu Rania bersiap, termasuk mekap dan memakai tudung, telah menjadi viral dan meraih ratusan ribu tontonan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.