Didakwa Atas Sengaja Mengaibkan Dengan Niat, Polis Buru 4 Individu Persenda Golongan OKU

Berita

Didakwa Atas Sengaja Mengaibkan Dengan Niat, Polis Buru 4 Individu Persenda Golongan OKU

Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini dilaporkan sedang mencari empat orang individu yang didakwa mempersendakan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) menerusi dua buah video yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Perkara tersebut dimaklumkan Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai di mana pihak mereka telah menerima laporan polis daripada seorang wanita semasa berada di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.

Advertisement
Beng Eh LaiSumber : Harian Metro 

Kesemua suspek kini sedang dikesan berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada sumber.

Beh Eng Lain menjelaskan bahawa kesemua pelaku telah didakwa sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan dengan penggunaan media sosial secara tidak wajar.

Kes tersebut diklasifikasikan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia.

Terdahulu, dua video yang menjadi tular memaparkan aksi dua lelaki yang meniru perbuatan orang kurang upaya yang dipercayai dirakam di parkir kereka OKU bertempat di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur.

Manakala video kedua pula mengenai tindakan dua wanita menyalahgunakan tandas OKU di sebuah stesen minyak serta mengajuk perbuatan seperti mereka merupakan golongan OKU fizikal dengan berlakon tempang.

Dalam pada itu, pihak polis turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi undang-undang dan bersama berganding bahu bagi menjaga kesejahteraan serta keharmonian sejagat.

Lelaki berlakon OKU parking
2 years ago

Tular Video Berlakon Jadi OKU, Pemuda Dalam Video Tampil Mohon Maaf Kepada Yang Tersinggung

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...