Didakwa Antara Artis Paling Banyak ‘Fake Followers’, Ini Respon Neelofa

Hiburan

Didakwa Antara Artis Paling Banyak ‘Fake Followers’, Ini Respon Neelofa

Baru-baru ini seorang individu menerusi laman sosial Twitter mendedahkan 10 senarai akaun Instagram popular di Malaysia yang mempunyai banyak pengikut palsu. Katanya jumlah tersebut disemak menggunakan aplikasi IG Audit.

Advertisement

Antara selebriti yang berada pada kedudukan teratas adalah Neelofa dengan jumlah pengikut palsu lebih 1 juta. Tentu sekali bilangan itu mengejutkan ramai pihak termasuklah tuan empunya badan.

Neelofa menerusi portal BH ONLINE mempersoalkan motif sebenar individu terbabit menyebarkan perkara itu kerana ia mengundang salah faham bahawa beliau membeli pengikut di Instagram.

Apabila dia menggunakan terma pengikut palsu, ramai yang mula beranggapan lain. Kenapa perlu dia berbuat begitu? Ia membuatkan ada orang salah faham apabila mereka ingat saya membeli pengikut di Instagram.

Sebetulnya, dia patut menggunakan terma ‘bad followers’ atau mereka yang mengikut sekadar untuk menghentam. Mereka tidak ubah seperti ‘haters’ (pembenci). Daripada saya didakwa kononnya membeli lebih sejuta pengikut palsu, lebih baik saya beli 10 juta.

Turut disenaraikan dalam carta tersebut ialah akaun Instagram, Yusuf Iskandar, Nora Danish, Nelydia Senrose, Hanis Zalikha, Mira Filzah, Uqasha Senrose, Amyra Rosli, Zizan Razak dan termasuk juga Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...