June 24th, 2020

Didakwa masih menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki berstatus suami orang, pelakon Fatin Afeefa dihentam hebat oleh warganet di laman Twitter.

fatin afeefa mabuk dengan suami orangPerkara itu didedahkan sendiri oleh seorang individu yang dikhabarkan merupakan isteri kepada lelaki terbabit di laman berkenaan.

Dakwa wanita tersebut, Fatin yang bakal berumah tangga dengan seorang lelaki bujang yang kaya masih tetap keluar bersama suaminya tanpa menghiraukan soal hati dan perasaan dirinya.

Malah, Fatin juga dilihat mabuk bersama suaminya di salah sebuah premis sekitar ibu kota. Menurut wanita itu, Fatin adalah seorang yang licik dengan penipuan. Beliau sering kali berlakuan tidak sopan dan sentiasa mendakwa dirinya difitnah masyarakat namun ia adalah cerita yang direka Fatin.

fatin afeefa mabuk dengan suami orang

Kredit – Gempak

fatin afeefa mabuk dengan suami orang

Kredit – Gempak

Pelakon itu juga dikatakan mengikut suami wanita itu bermesyuarat bersama rakan kongsi perniagaan di sebuah restoran yang menghidangkan minuman beralkohol.

 

Kata wanita itu, Fatin yang tidak mahu memperlihatkan sisi gelap dirinya didakwa suka memutar belitkan sesuatu fakta. Perkara tidak profesional itu sedikit sebanyak memberi impak negatif terhadap rumah tangga wanita tersebut.

Rata-rata pengguna laman Twitter seakan bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan wanita itu. Malah, wujud juga segelintir pihak yang mahu video Fatin sedang mabuk ditularkan di media sosial sebagai bukti Fatin berkelakuan songsang.

fatin afeefa mabuk dengan suami orang

Bagaimanapun sehingga kini, kenyataan balas daripada Fatin masih belum terjawab. Fatin juga dianggap tidak serik berdepan segala kontroversi keretakan rumah tangga orang.

Terdahulu, Fatin yang merupakan ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu pernah dikaitkan dengan kontroversi selepas netizen menemui foto panasnya bersama lelaki berkenaan, namun mengambil pendekatan untuk sekadar berdiam diri dan tidak mahu menghiraukan isu terbabit kerana menganggap ia tidak berkaitan dengan dirinya.

Untuk rekod, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada Disember 2013, namun ikatan suami isteri yang terbina itu terlerai selepas kedua-dua mereka disahkan bercerai pada tahun 2017.

Sumber: Gempak


6 responses to “Didakwa Akan Berkahwin Kali Kedua, Fatin Afeefa Masih Keluar Dan Mabuk Dengan Suami Orang?”

  1. Anonymous says:

    Just teringin nk tahu sape husbnd 1st die?
    Sebab anak sulung tu I xpernah tengok husbnd die….

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

Loading...