June 22nd, 2018

Penyanyi yang masih muda dan sedang meningkat naik namanya, Haqiem Rusli baru-baru ini mengejutkan orang ramai apabila mengumumkan bakal bersara daripada bidang seni selepas mengalami kemurungan yang teruk.

Tidak cukup dengan isu itu, muncul pula seorang individu yang mendedahkan sikap serta perangai buruk Haqiem yang dilabelkan sebagai seorang yang berlagak. Tuduhan yang dibuat di akaun Twitter itu menjadi bualan hangat netizen dan timbul lagi pelbagai spekulasi liar.

Menjawab segala tuduhan yang dilemparkan kepada dirinya, Haqiem memberitahu beliau sebagai manusia biasa yang tidak sempurna mungkin ada melakukan kesilapan. Namun, adakah kesilapan itu terlalu besar sehingga beliau dihakimi serta dihukum dengan teruk. Haqiem tidak mahu netizen terus meghinanya lagi.

Terdahulu, Haqiem menerusi akaun Instagramnya  seakan memberikan bayangan mahu berhenti menyanyi dan mengalami kemurungan sejak awal tahun ini.  Namun, segalanya masih dalam pertimbangannya dan akan membuat keputusan mengenai kariernya itu pada Julai ini.


39 responses to “Didakwa Ada Masalah ‘Attitude’ Dan Perasan Diri Bagus, Ini Respon Haqiem Rusli”

  1. reality is real says:

    jd artis ni x seindah y kta sgka kan..suma kena buat btl..kena push hard even suka x suka..tiap hri kena puaskn hati suma org…bila da struggle baik pn ..sgelintir org msh x ckup,,bila terbuat silap pula 1 dunia pn kecam,,smpi xtau nk hdup cm na…..jd la manusia yg hdup sederhana lg tenang dn bermakna..hidup ni adlh 1 ksempatan utk bertaubat dn akan menuju kematian akhrnya..bkn tmpt utk cari ksenangan n perhatian dunia,..suma pn sementara saja..

  2. Smartbird says:

    Sometimes abit of attitude can produce better artistry. Such a waste for the industry to loose Haqiem as me a big fan.

  3. Anonymous says:

    budak baru tumbuh bulu pakai sunglasses 24 jam. lawak!!!!!

    • anon says:

      faizal tahir pun pakai sunglassess..so ?? yg lawak attitided dan mindset macam ko ni .,,kesian …jakun ke ?

  4. Anonymous says:

    C sheery al padat ne sapa? Gaya macam bakas manager je. Serumah eyh?

  5. Anonymous says:

    ok fine kalau HR ni ade attitude problem, tapi si sheery padat ni perlu ke sampai berjela2 bash budak ni? kat situ je ko da menunjukkan ko pon same 2×5 ade attitude problem x reti nak hormat org. kalau ko marah sgt kat die DM kan ade? perlu ke ko kecoh satu dunia bgtau yg budak ni ade attitude prob then tambah lg masalah kemurungan budak ni? choiii btol prangai masing2 erghhh

    • Anonymous says:

      betul tu, bila kita bash orang, apatah lagi panjang berjela mcmtu, kdg2 mencerminkan attitude kita sendiri. mungkin apa yg dia ckp tu betul,, tapi cara dia tulis tu, nampak sangat dah lama tak puas ati ngan haqiem.

Loading...