Didakwa Ada Ambil Bahan Terlarang, Muntazar Ghufran Tampil Pertahankan Diri – “Nampak Ke Saya K*cip?”

Hiburan

Didakwa Ada Ambil Bahan Terlarang, Muntazar Ghufran Tampil Pertahankan Diri – “Nampak Ke Saya K*cip?”

Kontroversi di antara pelakon, Muntazar Ghufran dan bekas tunangnya iaitu Saidah Kamarudin belum terhenti apabila pelakon itu menafikan dakwaan Saidah yang mengatakan dirinya menghidap penyakit bipolar dan terlibat dengan penyalahgunaan bahan terlarang.

Menerusi satu temu bual bersama pihak Melodi TV3, Muntazar memaklumkan dia juga sudah melakukan pemeriksaan kesihatan bersama doktor untuk mengesahkan perkara tersebut.

Advertisement

muntazar ghufran

Saya tak ada penyakit bipolar ke apa dan saya dah jumpa doktor dah pun.

 

Dia kata saya kacip? Korang temu bual saya ni nampak ke saya kacip? Jangan buat spekulasi sebegitu dan kenalah dengar dua-dua belah pihak.

Dalam pada itu, pelakon itu turut menafikan dirinya telah menggodam akaun TikTok milik Saidah seperti yang didakwa oleh bekas tunangnya itu.

Dia naik (popular) pun disebabkan siapa? Disebabkan saya juga. Kenapa tiba-tiba nak kacau hidup saya sedangkan saya tak kacau hidup orang.

Muntazar turut mengakui bahawa dirinya kini kehabisan wang kerana telah dibelanjakan sepanjang menjalinkan hubungan dengan bekas tunangnya.

muntazar ghufran

Janganlah menuding jari pada saya dan cakap semuanya salah saya. Segala usaha saya untuk dia mahal. Saya hantar dia ke sana, ke sini tapi tak minta pun dia duit.

 

Saya habis duit sebab dia lah. Tapi saya bersyukur dia minta putus dan berharap jodoh saya di masa akan datang bukan begini.

 

Kita kena jaga maruah diri dan adakah bila kahwin nanti dia nak buka aib suami dia macam tu? Tapi itulah, bila dah banyak sangat habis duit dekat perempuan, inilah jadinya.

Sebelum ini, Saidah meluahkan rasa bengang terhadap tindakan Muntazar yang didakwa telah menggodam akaun TikTok miliknya.

Selain itu, dia turut mendakwa pertunangannya dengan Muntazar terbatal kerana pelakon itu hanya mempunyai simpanan sebanyak RM500 sahaja.

Muntazar dedah sisi gelap Saidah
1 day ago

“Dia Taknak Satu Cincin, Dia Nak Dua, Dia Maki & Pukul Saya” - Muntazar Ghufran Dedah ‘Sisi Gelap’ Saidah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Melodi TV3

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...