Normal untuk seorang wanita melalui fasa perubahan bentuk badan sebelum kahwin dan selepas kahwin faktor daripada melahirkan anak.
Bagaimanapun, seorang lelaki ini membuat pengakuan bahawa dirinya tidak dapat menerima berat si isteri naik dan sudah terlalu kemaruk bercinta dengan janda anak dua ketika itu.
Susulan itu, dia telah menceraikan isteri dan mengahwini janda itu tetapi menyesal kerana mendapati wanita tersebut mempunyai hutang keliling pinggang.
Selepas dua tahun mendirikan rumah tangga bersama ‘janda’ itu, lelaki tersebut menceraikannya dan mahu kembali bersama bekas isteri yang ditinggalkan atas sebab berat badan naik itu.
Tetapi alangkah hancurnya hati lelaki terbabit selepas mengetahui bekas isteri sudah pun menghembuskan nafas terakhir asbab terlalu taksub mahu ramping.
Perkongsiaan cerita itu dimuat naik oleh seorang TikTokers bernama Kak Zaleha Baba dan video tersebut meraih lebih 200,000 tontonan daripada pengguna platform tersebut.