Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Dicerai Da’i Farhan, Dr Erin Kini Hamil 3 Minggu

Sering menjadi bahan kutukan netizen kebelakangan ini, Dr Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd Radzi yang diceraikan pada 27 April lalu mengesahkan dirinya kini telah berbadan dua.

dr erin da'i farhan

Advertisement

Menurut laporan Harian Metro, Erin yang juga bekas isteri kepada pendakwah bebas, Da’i Farhan itu menyatakan bahawa usia kandungan kini telah memasuki minggu ketiga.

Bagaimanapun, Erin kini enggan mengulas lanjut berkenaan penceraiannya dengan Farhan malah turut menyatakan hasratnya yang masih belum bersedia untuk berkongsi secara terperinci.

“Usia kandungan masih baru iaitu tiga minggu. Saya belum bersedia nak ceritakan mengenai perceraian dan kehamilan secara terperinci. Nantilah, apabila sudah bersedia saya akan kongsikan,” katanya.

Dakwa Erin lagi, menerusi perkongsian di Instagramnya, wujud pelbagai pihak mula bersuara sehingga ada yang seakan mahu melancarkan komplot untuk melihat dirinya bercerai selepas kisah perkahwinan mereka tular tempoh hari.

Advertisement

Ujar Erin lagi andai dirinya tahu ini nasib yang akan menimpa hidupnya, beliau bersumpah tidak akan menerima lamaran berkenaan kerana terlalu serik dikecam hebat oleh semua orang.

Kongsinya lagi, mereka turut diuji dengan perasaan marah apabila wujud segelintir pihak tidak bertanggungjawab sentiasa mencara segara aibnya dengan tujuan mahu memburukkan namanya kepada semua.

Komplot jahat ini juga terbongkar apabila bekas suaminya Farhan telah merampas telefon kepunyaan madunya sekaligus terungkai segala kemelut yang berlaku.

“Bagaimana kami tahu komplot jahat ini adalah daripada telefon madu saya sendiri. Farhan berjaya merampasnya dan ada banyak mesej perbualan mengenai perkara ini.

“Berlaku campur tangan orang luar termasuk mentua Farhan yang memaksanya menceraikan anak mereka,” katanya.

Pernikahan Farhan bersama ibu tunggal anak lapan pada November tahun lalu ini mendapat perhatian masyarakat, apabila Farhan sebelum ini difahamkan menceraikan isteri pertamanya yang ketika itu sedang sarat mengandung anak kedua mereka

Lebih perit, cerai yang dilafazkan Farhan atau nama sebenarnya Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad itu adalah menerusi rakaman suara di aplikasi Whatsapp pada 3 Disember 2019.

Sumber: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

9 Comments

  1. Anonymous

    May 9, 2020 at 5:59 am

    emmm tk de dh la VITAMIN ustaz??

  2. unknown

    May 8, 2020 at 10:12 am

    amboi 3 minggu pon dh announced.. please Nara stop address minah nih doctor.. shes not

  3. nip

    May 8, 2020 at 10:02 am

    Usia kandungan masih baru iaitu tiga minggu??? Tiga minggu belum sampai sebulan..Dah boleh detect ke??? Selalu pengalaman saya, tak datang haid sebulan, kandungnan bermaksud 4 minggu… Konpius ni kenyataan..

  4. Aura 19 covid 19

    May 7, 2020 at 10:37 pm

    Cerai disember 2019 utk isteri pertama. Tp dah rujuk semula. Dgn isteri lindungan kaabah bercerai pd April 2020

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top