Dicemuh Dan Dikritik Kerana Gunakan “Safety Harness”, Ibu Ini Luah Rasa Terkilan..

Trending

Dicemuh Dan Dikritik Kerana Gunakan “Safety Harness”, Ibu Ini Luah Rasa Terkilan..

Semalam aku g shopping mall pakaikan anak aku tali goni la. Aku tahu pesen anak aku dia tak suka orang pimpin tangan dia, dia suka jalan sdiri. Kalau kitaorg lepas tangan dia tak sapa dua saat lari po lipas kudung.

Advertisement

Semua orang tengok semalam, tapi tengok dengan pandangan yang pelik tak tau kenapa, mungkin mereka fikir kita orang agak melampau dengan ikat anak lagu tu. Ramai la juga gelakkan aku semalam.

Yang tak leh bla ada sorang laki kemain kuat dia gelak.

Ada la terdengar dia cakap dah macam ikat menate(binatang) dah. Aku rasa nak cili je mulut dia kemain kurang ajar. Dah tua kot dia bukan budak mulut kemain jahat.

Aku bagitau laki aku dia cakap ikot dia la kalau anak kita hilang bukan dia tolong cari pun. Kita yang menangung sengsara.

Cukup la anak aku dua kali hilang tak sanggup dah nak lalu benda yang sama mau gila aku nanti.

Tak tau la kan masyarakat kita nk payah sangat nak ambik iktibar dari pengalamn orang lain. Dah ramai kot yang share pengalaman anak hilang, pemikiran kuno sangat. Cuba open sikit.

Kat negara omputeh benda gini dikatakan wajib dah bagi dia orang. Kita je kat malaysia orang akan pandang kita jelik, pandang macam kita mak bapak jahat, mak bapak yang pentingkan diri.

Kalau anak aku hilang kau nak tolong carikan ke? Baik lah aku buat gini dari aku menyesal kemudian hari.

Yang gelakan aku semalam satu hari nanti kau ada anak jagalah anak baik2 jangan anak dah hilang menyesal sepanjang hayat. Menangis air mata darah sekali pun dah tak guna dah.

Cuba buka minda sikit, kita dekat malaysia dah macam2 kejadian dah berlaku kat kanak2 ambik iktibar dari pengalaman orang lain. Contoh macam sarah suib 3 minit anak hilang rasa macam nak mati tau.

P/s : anak aku kalau p kat mall macam dia pikir g taman gula2 habis dia lari sana sini. Aku ikat gini aman sikit, dia lari aku ikut lari nampak dak makin slim dah aku?

?
Luahan hati ummi Damia

Sumber : Nazza Hamat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...