“Dicampak Ke Lantai, Dilempar Pinggan” – Saksi Dakwa Emilia Hanafi ‘Terseksa’, Dipukul SM Faisal Berterusan Selama 4 Tahun

Berita

“Dicampak Ke Lantai, Dilempar Pinggan” – Saksi Dakwa Emilia Hanafi ‘Terseksa’, Dipukul SM Faisal Berterusan Selama 4 Tahun

Semalam, adik kepada Emilia Hanafi iaitu Elisa Hanafi memaklumkan dalam Mahkamah Majistret bahawa 7 tahun lalu, kakaknya sering menjadi mangsa keganasan dosmetik yang dilakukan oleh suami, S.M Faisal secara berterusan selama tiga ke empat tahun.

Menurut dari dakwaan Elisa, kakaknya enggan memaklumkan keganasan tersebut kepada mana-mana pihak dan meminta agar perkara tersebut dirahsiakan.

Advertisement

Dalam pada itu, adik Emilia itu juga menyatakan bahawa dia menerima gambar melalui aplikasi WhatsApp, di mana gambar-gambar itu jelas terlihat kesan lebam di bahagian paha dan tangan kakaknya.

SM Faisal

Tambahan saksi lagi, pernah satu ketika kakaknya dilempar pinggan oleh S.M Faisal hingga berkecai dan insiden itu berlaku semasa Emilia sedang menyediakan menu diet buat suami.

Faisal juga campak Emilia ke lantai beberapa kali selain mengoyakkan kad hari jadi dan mengunci bilik tidur mereka supaya Emilia tidak boleh masuk.

Ketika prosiding lalu, saksi ada memberitahu S.M Faisal merupakan satu-satunya teman lelaki Emilia sewaktu zaman persekolahan sebelum mereka membuat keputusan untuk berkahwin pada tahun 2008.

SM Faisal

Mengikut pertuduhan, S.M Faisal didakwa secara sengaja mencederakan Emilia di sebuah rumah di Desa Hartamas, Brickfields antara pukul 12.30 tengah hari hingga 4.30 petang pada 22 November 2015.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

emilia hanafi faisal nasimudin
2 years ago

“Biasanya Bekas Isteri Yang Tuntut” - Lepas 7 Hari Dipenjara, SM Faisal Tuntut Harta Sepencarian Daripada Emilia Hanafi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...