Dicaj RM 32 Untuk Sepinggan Nasi Campur, “Kaya Tauke Kedai Boleh Pergi Haji Balik Hari”

Trending

Dicaj RM 32 Untuk Sepinggan Nasi Campur, “Kaya Tauke Kedai Boleh Pergi Haji Balik Hari”

Seorang pengguna Facebook, Syed Ikram, terkejut mendapati harga sepinggan nasi campur yang dibeli di sebuah kedai makan di Terengganu mencapai harga RM 32. Yang diambil ialah nasi putih, dua potong sotong, seekor udang, serta kangkung tumis.
NasiMahalAN

Dakwanya juga, harga itu tidak termasuk caj minuman.

Advertisement

 

 

Menulis status di Facebooknya mengenai kejadian itu, Syed mendakwa gerai makan tersebut cuma gerai yang biasa. Gerai itu, Warung Haji Satar dan Otak-otak, terletak di Kuala Kemaman, Terengganu. Pada pendapat Syed, dengan harga makanan yang dikenakan pada pelanggan tidak mustahil pemilik kedai mampu untuk menampung kos menunaikan haji dalam masa sehari.
1

2 copy

Perkongsian Syed telah menjadi viral, menyebabkan pihak kedai makan itu menghubungi Syed untuk menjelaskan bahawa harga tersebut sememangnya berpatutan bagi pihaknya.

3

4

5

6

Melalui Harian Metro, pengusaha kedai makan itu yang bernama Liza Musid, 25, mendakwa harga lauk pauk sudah tertera pada sepanduk di kedai makannya, dan pelanggannya sepatutnya menyedari harga yang bakal dikenakan seperti tertera di sepanduk tersebut. Bagaimanapun, Syed menyatakan melalui akaun Facebooknya yang harga RM 7 ditulis untuk seekor sotong pada sepanduk itu, sedangkan dia hanya mengambil dua potongan sotong seperti yang boleh dilihat pada gambar.

18664258_1657518704288881_4380180466625717155_n

Terdapat netizen yang pernah makan di warung tersebut juga menyatakan harga makanan di situ sangat mahal.

18582329_10154836884203757_7575956533059513976_n

Mereka juga menyifatkan penjelasan pengusaha warung itu kelakar.

18664486_10154836884168757_4379918648535522907_n

Sebelum in, seorang pelancong tempatan juga pernah dicaj harga melampau untuk makan di sebuah gerai di Pulau Pangkor.

Pada pendapat penulis, harga yang dikenakan oleh pengusaha kedai memang mahal, dan penjelasan beliau juga tidak begitu meyakinkan. Mungkin harga itu logik jika Syed mengambil dua ekor sotong, tetapi yang diambil ternyata hanya dua potongan sotong sahaja.

Setakat ini, status Syed telah menjadi viral dengan lebih 11,000 perkongsian di Facebook.-amazingnara.com

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...