Gara-gara memuat naik video tribut kepada Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sedang bergelut dengan kanser, ruangan komen akaun pelakon dan penyanyi Linda Rafar diserang oleh netizen biadap.
Selain menerima komen-komen yang menjengkelkan, Linda turut menerima kiriman mesej peribadi berunsur kecaman dan cemuhan dengan perkataan yang kasar seperti sund*l, anak b*b* dan anak anj*ng.
Kerana merasakan mereka sudah berlebihan dan ingin memberi pengajaran, beliau telah tampil membuat laporan polis di Balai Polis Shah Alam bagi menyiasat lebih lanjut mengenai isu ini.
View this post on Instagram
Walaupun anda guna akaun palsu atau sunting gambar jangan fikir awak semua terlepas hukum dunia!! Just wait and see..
Tulisnya di dalam hantaran gambar yang dimuatnaik olehnya sedang bergambar bersama polis bertugas.
Dalam pada itu, bekas ahli kumpulan Elite itu turut memberi amaran agar orang ramai terutamanya pengguna media sosial untuk tidak memperlekehkan undang-undang negara dan tidak menyebar fitnah berkenaan dirinya mahupun Tan Sri Muhyiddin.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.