Meskipun sudah membuat permohonan maaf kepada pelakon Raja Farah berikutan pendedahan babak rogol yang tular oleh suaminya, aktres Lisdawati berkata dia belum bersedia untuk memaafkan netizen yang mengutuk dirinya dan juga ahli keluarganya yang lain.
Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin,43, mengatakan perkara demikian menerusi komen yang ditinggalkan di sebuah hantaran yang dimuat naik suaminya, pelakon Fauzi Nawawi.
Tulis Lisdawati, dia tidak akan memaafkan mereka yang mengutuk dan menghina ahli keluarganya selagi individu-individu ini tidak membuat permohonan maaf kepadanya.
Saya sayang awak (Fauzi). Allah masih sayang tetapi saya juga manusia biasa. Saya belum mampu maafkan mereka yang mengeji, mengutuk, memaki saya dan keluarga sehingga mereka datang meminta maaf pada saya.
Namun, kenyataan itu mendapat respon negatif daripada netizen yang merasakan aktres filem KL Menjerit itu tidak seharusnya memberi reaksi seperti itu.
“Kenapa pula orang perlu mohon maaf dengan kau. Apa logiknya?” tulis seorang netizen di laman Twitter.
Sebelum ini, Fauzi ada berkongsi sebuah hantaran video berbaur islamik selepas insiden memualkan itu tular yang sekaligus menuai pelbagai reaksi daripada netizen.
Terdahulu, Fauzi bersama tetamu undangan yang lain iaitu Fizz Fairuz dan Zul Huzaimy beserta hos rancangan Rumah No. 107 iaitu Khir Rahman dan Shuk Sahar telah mencetuskan kontroversi apabila mereka dilihat telah berkongsikan pengalaman berlakon babak rogol dalam sebuah filem berjudul Anak Halal.
Tertengok dekat tiktok like how doh diaorang open this topic dekat tv ? like how doh ? tak boleh brain wei pic.twitter.com/4RMGKZMUQf
— Yan (@FayyanFreaks) October 19, 2021
Fauzi Nawawi kemudiannya menceritakan secara lanjut mengenai babak rogol yang dilakukan bersama pelakon Raja Farah yang pada ketika itu baru sahaja berumur sekitar 18-19 tahun.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.