Penyanyi rap Caprice baru-baru ini ada memuat naik hantaran Instagram terbaru yang berkongsikan perkembangan misi kemanusiaan ke Gaza, Palestin yang masih belum kesampaian.
Dedah Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli,33, dia menerima terlalu banyak ugutan di media sosial malah hingga ke dunia sebenar.
View this post on Instagram
Meskipun begitu, semangatnya masih utuh dalam meneruskan misinya itu dan sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T agar dikurangkan beban yang ditanggung dari hari ke hari.
Misi kita ni makin lama jadi terlalu dalam, sampai kita terima banyak ugutan..sampai seorang ahli organisasi gelap tiba-tiba muncul dekat hotel Caprice. Sampai IG Caprice akan kena delete..tapi kita tetap akan teruskan. Caprice doa hari-hari untuk (Allah) tunjuk jalan dan kurangkan beban ini.
Ujarnya lagi, dia ingin memohon maaf kepada mereka yang terkesan secara langsung dan tidak langsung jika pendedahannya sebelum ini ada mengguris hati mana-mana pihak.
“Tapi demi rakyat Palestin, kita sanggup bersuara dan lawan organisasi yang menggunakan isu Palestin untuk cuci duit.” tambahnya lagi.
View this post on Instagram
Dalam akhir kata hantaran tersebut, Caprice berkata dia akan menyelesaikan beberapa perkara sebelum kembali kepada pangkuan keluarga dan rakan-rakan yang dirindui.
Kata Caprice lagi, hantaran tersebut berkemungkinan untuk kali terakhir dan dia berhasrat untuk berehat panjang daripada media sosial.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.