Korang pernah diganggu di tempat kerja? Kena buli siber atau dimalukan di depan pekerja yang lain? Selepas ini jangan diamkan diri dan pergi laporkan!
Tahu tak, bermula 11 Julai 2025 gangguan di tempat kerja dikira sebagai jenayah dan anda boleh buat laporan tentang kejadian yang berlaku.
Menerusi Threads, seorag individu telah berkongsi dokuman mengatakan bahawa kesalahan gangguan di tempat kerja boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Jangan main-main, ni undang-undang, bukan polisi HR (human resource). Boleh kena tindakan bawah Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025.
Menurut laporan, Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025 dan Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2025 ini akan memperuntukkan hukuman yang lebih berat terhadap pembuli.
Dengan akta ini, seseorang individu tidak lagi boleh menggunakan alasan ‘melawak’, ‘saja mengusik’ atau pun ‘gurau kasar’ untuk melakukan gangguan terhadap rakan sekerja.
Selaian gangguan seksual dan membuli, antara kesalahan lain yang dikira sebagai jenayah dan boleh dikenakan tindakan undang-undang adalah menyebarkan maklumat peribadi rakan sekerja dan membuat rakan pejabat tertekan sehingga mahu menyakiti diri mereka.
View on Threads
Jadi kepada semua, jangan takut-takut lagi sekiranya anda menjadi mangsa gangguan-gangguan yang dinyatakan. Laporkan jenayah itu!
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.