Dibuang Kerja, Kini Bekas Pilot Malindo Air Buka Gerai Tepi Jalan

Trending

Dibuang Kerja, Kini Bekas Pilot Malindo Air Buka Gerai Tepi Jalan

Tular baru-baru ini apabila seorang bekas  pilot Malindo Airways yang diberhentikan pekerjaan susulan pandemik COVID-19 kini mula mencuri tumpuan netizen apabila bertindak berniaga di tepi jalan menggunakan marketing tersendiri.

Menerusi posting tersebut, beliau yang tampil menggayakan uniform seperti seorang juruterbang raih pelbagai reaksi dari netizen yang rata-ratanya memuji ketabahan Kapten Azrin Mohamad Zawai dalam meneruskan kelangsungan hidup selepas diuji dengan kehilangan sumber pendapatan sebelum ini.

Advertisement

Kapten Azrin khabarnya terpaksa berpanas di tepi jalan menjual mi kari, bihun sup, laksa utara dan rojak buah sambil memakai uniform pilotnya.

Malah, kedainya yang diberi nama “Kapten Corner” kini dilihat seakan mudah untuk menarik pelanggan datang ke gerainya kerana unik dan kreatif.

Lantas, ramai dalam kalangan warganet dilihat tampil mendoakan agar segalanya urusan dalam dunia perniagaan sentiasa dipermudahkan. Malah ada juga yang turut menyumbang idea dan cadangan untuk penambahbaikan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...