April 1st, 2020

Semakin hangat nampaknya “perang” antara golongan artis dan para netizen selepas pelakon Zarina Anjoulie, mendedahkan beberapa orang artis yang didakwa menghina netizen dengan panggilan yang agak kasar iaitu memiliki IQ rendah dan ibarat lembu dicucuk hidung. Rata-rata netizen berang dilabelkan sedemikian rupa dan mengatakan artis sepatutnya sedar diri kerana tanpa netizen mereka tidak mampu menempa nama dalam industri hiburan.

netizen boikot amyza aznan

Susulan itu, netizen juga telah melancarkan kempen menyeru rakyat Malaysia untuk memboikot artis-artis yang bertindak melampau itu. Antara yang terkena tempiasnya adalah pelakon Amyza Aznan yang kini teruk dikecam selepas perbualannya didedahkan.

Sedar dirinya dan rakan-rakan artis diboikot, Amyza menerusi akaun Instagramnya menyifatkan apa yang berlaku sekarang adalah sebahagian daripada perancangan jahat pihak tertentu dan hanya fitnah semata-mata.

boikot amyza aznan

Apa-apa pun, kami harap segala kemelut dan perang dingin yang melanda ini dapat diselesaikan dengan baik.


16 responses to “Diboikot Isu Hina Netizen, Amyza Aznan Dakwa Ada Pihak Sengaja Tabur Fitnah”

  1. Abg malek says:

    Puiiii terlanjur perahu boleh patah balik, terlanjur kata pastu nak cover line….puiiii artis desperate nak coverline…fitnah mende kitaorang baca statement ko…hakkk tuiii muka pon x lawa

  2. GuguGaga says:

    Kalau dah tahu nak kiamat. Better jaga mulut dan kelakuan kita semua.

  3. Anonymous says:

    wakakakak.. katanya fitnah, padahal terang2 dia tulis macam tu.. padan mukaaa kawww nyaahhhh

  4. bukan azwan ali says:

    gaya cakap mcm berlakon selama ni free je. cube mention satu job ko dapat brapa? keje 18 jam tapi bukan 5 hari seminggu macam orang lain yang terpaksa bersesak jem nak pergi keje ikut office hour. makin korg bersuara, makin tak nampak bijak. silent is better. please.

  5. Anonymous says:

    Penat menghibur….kan…x pa bg korg rehat terus…korg ingat byk sgt pengorbanan korg…ini la artis malaysia ni….bila dah x ada org nk tgok ms tu la br korg tau….kitorg tgok kitaorg byr tau….

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...