October 24th, 2016

Penyertaan Elly Mazlein bagi musim ketiga Gegar Vaganza menjadi perbualan ramai apabila setiap minggu beliau diberikan lagu tugasan  yang dianggap oleh netizen ada berkaitan dengan kehidupan beliau.

Namun, buat Elly beliau menerima sahaja setiap lagu yang diberikan tanpa prasangka dan menganggap ia sebagai satu cabaran buat beliau.

Kita tak boleh nak rasa sensitif dengan lagu yang diberi. Saya anggap semuanya adalah cabaran buat saya.

Walaubagaimanapun, Elly tidak menafikan lagu Berpisah Jua yang beliau nyanyikan pada hari Ahad (semalam) sama seperti apa yang berlaku padanya sekarang.

Bagaimanapun, tak dinafikan, lagu Berpisah Jua yang saya nyanyikan memang berlaku pada saya. Rasa seperti ditumbuk dan menyanyi depan cermin.

Minggu ini Elly diberikan tugasan untuk menyanyikan lagu Perawan Atau Janda nyanyian asal Cita Citata.

Harapnya Elly dapat melakukan yang terbaik tanpa memikirkan percakapan orang ramai. Memang diakui kadang-kadang sesebuah lagu itu berkaitan dengan kehidupan kita.

Sumber Berita : BH ONLINE

Pergh, baru lepas #MYCyberSale2016, ada lagi rupanya! Shopee kini kembali dengan kempen Gentlemen’s Collection yang akan berlangsung dari 24 Oktober hingga 27 Oktober ini. Macam-macam barangan yang berharga kurang dari RM99 untuk dimiliki. Kepada penggemer gajet pula, diskaun sebanyak 80% menanti anda untuk barangan berjenama seperti Samsung, Sandisk, Jabra dan lain-lain lagi.

 photo unnamed 1.jpg

Kalau tak cukup murah, ada lagi barangan “Men’s Must Have” yang akan dilelongkan dengan diskaun setinggi 90%. Pada pendapat Abang Nara, baik anda beli cepat-cepat kerana stok pasti amat terhad. Abang Nara dah ada checklist dah barang apa nak beli, maklumlah baru start main game, mana tahu dapat diskaun beli mouse Razer ke, headphone baru ke…hehe…

Muat turun applikasi Shopee sekarang!

PS: Kalau anda bernasib baik, boleh menang PlayStation 4 Slim bernilai RM1,499 beb!
Pangkah kalendar anda sekarang juga. Maklumat lanjut layari laman rasmi Shopee!


Comments are closed.

Loading...