Diberi Peluang Jadi Hos DFKL2016 : Fattah Amin Sedia Kena Kritik

Hiburan

Diberi Peluang Jadi Hos DFKL2016 : Fattah Amin Sedia Kena Kritik

Sudah bergelar pelakon, kini Fattah Amin diberikan peluang untuk menjadi hos Drama Festival Kuala Lumpur ( DFKL2016) yang bakal berlangsung pada 19 Mac ini.

Advertisement

Bakal bergandingan dengan Amyra Rosli, Fattah pada awalnya enggan menerima tawaran tersebut kerana khuatir tidak dapat memberikan hasil yang terbaik.

Ini adalah peluang saya untuk menerokai bidang pengacaraan meskipun pada awalnya agak gementar apabila memikirkan ia sebuah acara yang besar dan siaran secara langsung.

Tawaran ini saya ambil sebagai cabaran kepada saya dalam meningkatkan karier seni ke tahap lebih tinggi.

Mengakui ada terasa berdebar didalam hati, Fattah bagaimanapun akan cuba untuk memberikan yang terbaik dan sedia menerima kritikan daripada orang ramai.

Saya terbuka dengan sebarang kritikan dan teguran membina memandangkan ini adalah pengalaman pertama saya. Jujurnya saya berdebar juga kerana ia adalah sebuah acara yang besar.

Bagaimanapun saya akan cuba memberikan terbaik pada malam anugerah itu nanti kerana ini adalah peluang keemasan saya.

Setiap perkara pasti akan ada permulaannya, siapa tahu selepas ini Fattah Amin boleh lebih aktif dalam bidang pengacaraan?

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...