Diberi Mahar RM86 & Dijanjikan Kemewahan, Hati Bapa Remuk Dapat Tahu Anak Belasan Tahun Dinikahi Senyap-Senyap Oleh Guru Sekolah

Dunia

Diberi Mahar RM86 & Dijanjikan Kemewahan, Hati Bapa Remuk Dapat Tahu Anak Belasan Tahun Dinikahi Senyap-Senyap Oleh Guru Sekolah

Seorang bapa meluahkan rasa sedih dan kesal apabila mengetahui anak perempuannya yang baru berusia belasan tahun telah dinikahi senyap-senyap oleh guru sekolah pondoknya.

Bapa hancur hati dapat tahu anak perempuan dinikahi tanpa pengetahuan

Mat Rokim,39, menerusi satu temu bual berkata dia tidak menyangka guru itu sanggup mengambil kesempatan ke atas anak perempuannya.

Advertisement

Difahamkan, pernikahan tidak berdaftar dengan pejabat agama itu berlangsung pada 15 Ogos tahun lalu.

Malah, Mat Rokim hanya mengetahui akan hal itu setelah diberitahu orang kampung mengenai anaknya yang dikatakan sudah hamil.

Anak saya itu dikhabarkan hamil, Setelah itu saya didatangi saudara saya untuk memastikan apakah perkhabaran itu benar.

Ternyata anak saya sudah bernikah. Orang tua mana yang tidak akan sakit, hancur hati saya.

Dijanjikan kemewahan dan kesenangan

Menurut anak perempuan Mat Rokim, dia telah diberikan mahar bernilai RM86 (300,000 rupiah) dan dijanjikan kebahagiaan serta kesenangan hidup setelah bernikah.

Lelaki kecewa anak perempuan dinikahi tanpa rela

Mat Rokim yang kini sedang mendapatkan keadilan buat anaknya itu memaklumkan lelaki berkenaan, Muhammad Erik kini berada di bawah pemantauan polis atas pertuduhan nikah tanpa wali.

Ujar si bapa, Erik dikatakan akan menghantar orang menjemput anaknya untuk ke sebuah rumah lain bagi melakukan hubungan suami isteri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Lelaki kesal beli honda civic gaji Rm4000
6 months ago

Gaji RM4,000 Dah Sangkut 'Loan' Honda Civic, Lelaki Kesal Kerana Mahu Dihormati Rakan - "Saya Ingat Saya Mampu.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...