Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Diberi Hidayah, Mila Jirin Kini Bertudung Labuh

Penyanyi dan usahawan Mila Jirin luah rasa syukur apabila beliau kini difahamkan telah mendapat hidayah untuk menutup dan menjaga aurat dengan sempurna di bulan mulia ini.

mila jirin

Advertisement

Mila berkongsi berita tersebut di laman Instagramnya malah turut menyatakan hatinya terdetik berbuat demikian selepas membaca dan mentafsir surah An-Nur tempoh hari.

View this post on Instagram

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin)

Advertisement

“Alhamdulillah, ramadan tahun ini Allah beri hidayah untuk saya. Moga saya dapat istiqomah menutup aurat dengan sempurna dan menjaga aurat sebaiknya.”

Dalam entri tersebut, Mila juga menyeru orang ramai khususnya pengikut di laman berkenaan untuk mendoakan agar dirinya terus istiqamah.

Malah turut berharap agar pengikutnya juga bersama-sama ke arah yang lebih baik.

“Saya juga mendoakan sahabat sahabat saya di Instagram, ayuh kita sama sama perbaiki diri kita, perlahan perlahan ke arah kebaikkan, tutup aurat dan perlahan perlahan sempurnakannya.”

Dalam pada itu, Mila turut memegang kata-kata suaminya bahawa kita tidak tahu mungkin ini merupakan hari terakhir kita diberi nafas di muka bumi ini.

Mengakhiri penulisannya, juara Akademi Fantasia musim kelima ini turut memohon maaf kepada semua andai dirinya pernah melakukan sebarang  kesalahan.

Terdahulu, kecoh di laman Instagram apabila pemilik syarikat Bizmilla ini berdepan masalah kewangan malah terpaksa menjual kek bagi menampung kos pengurusan berjumlah hampir RM200,000 sebulan termasuk bayaran gaji kepada pekerjanya.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. gampang

    May 18, 2020 at 9:22 am

    Betul pakai tudung tapi tutup dada bukan kepala

  2. covida20

    May 18, 2020 at 9:01 am

    Memang syariat Islam mewajipkan wanita Islam memakai tudung labuh…..

  3. free spritz

    May 18, 2020 at 8:42 am

    Quran An-nur kata, jaga pandangan, jaga kemaluan dan tutup kain di dada bukan pakai tudung kat kepala. Again another interpretation gone wrong. Yang dok suruh pakai tudung kat kepala ada terpampang dalam bible surah Corinthians

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top