Penyanyi dan usahawan Mila Jirin luah rasa syukur apabila beliau kini difahamkan telah mendapat hidayah untuk menutup dan menjaga aurat dengan sempurna di bulan mulia ini.
Mila berkongsi berita tersebut di laman Instagramnya malah turut menyatakan hatinya terdetik berbuat demikian selepas membaca dan mentafsir surah An-Nur tempoh hari.
“Alhamdulillah, ramadan tahun ini Allah beri hidayah untuk saya. Moga saya dapat istiqomah menutup aurat dengan sempurna dan menjaga aurat sebaiknya.”
Dalam entri tersebut, Mila juga menyeru orang ramai khususnya pengikut di laman berkenaan untuk mendoakan agar dirinya terus istiqamah.
Malah turut berharap agar pengikutnya juga bersama-sama ke arah yang lebih baik.
“Saya juga mendoakan sahabat sahabat saya di Instagram, ayuh kita sama sama perbaiki diri kita, perlahan perlahan ke arah kebaikkan, tutup aurat dan perlahan perlahan sempurnakannya.”
Dalam pada itu, Mila turut memegang kata-kata suaminya bahawa kita tidak tahu mungkin ini merupakan hari terakhir kita diberi nafas di muka bumi ini.
Mengakhiri penulisannya, juara Akademi Fantasia musim kelima ini turut memohon maaf kepada semua andai dirinya pernah melakukan sebarang kesalahan.
Terdahulu, kecoh di laman Instagram apabila pemilik syarikat Bizmilla ini berdepan masalah kewangan malah terpaksa menjual kek bagi menampung kos pengurusan berjumlah hampir RM200,000 sebulan termasuk bayaran gaji kepada pekerjanya.