Diberhentikan Tanpa Alasan Kukuh & Masih Belum Terima Gaji Serta Pampasan, Bekas PA Mahu Saman Mizz Nina

Hiburan

Diberhentikan Tanpa Alasan Kukuh & Masih Belum Terima Gaji Serta Pampasan, Bekas PA Mahu Saman Mizz Nina

Bekas pembantu peribadi Mizz Nina iaitu Nur Haniza Mohd Azhar mendakwa dia telah diberhentikan kerja secara tidak adil dan tanpa alasan yang kukuh pada 30 April lalu.

 

Advertisement

Masih belum terima pampasan seperti dijanjikan

Kata Haniza, dia bakal mengambil tindakan undang-undang memandangkan Mizz Nina masih tidak membayar gajinya dan sebarang pampasan seperti yang dijanjikan dalam surat pemberhentian.

Menurut peguam Haniza, Mohamad Nasruddin Ab Rahman, pihak Nina telah menyerahkan surat penamatan kerja dan berjanji untuk membayar pampasan sebelum 30 April.

Surat pemberhentian itu diberi pada 6 Mac lalu jadi bayaran gaji pada Mac dan April perlu dibuat seolah-olah dikira masih bekerja. Tapi selepas 30 April anak guam saya masih belum terima apa-apa bayaran.

mizz nina

 

Tak pernah ada kontrak bertulis

Difahamkan, sepanjang bekerja menjadi PA, Haniza dibayar gaji sebanyak RM3,500 sebulan namun tidak pernah diberikan kontrak bertulis, kenaikan gaji, bonus atau elaun termasuklah caruman Perkeso yang tidak pernah dibuat.

Meskipun tiada kontrak bertulis, Nasruddin berkata tindakan undang-undang masih boleh dilakukan kerana kedua-duanya mempunyai hubungan sebagai majikan dan pekerja.

peguam

Nasruddin turut memaklumkan bahawa Haniza dan Mizz Nina sebelum ini pernah membuat perbincangan namun syarat diberikan penyanyi itu disifatkan berat sebelah membuatkan anak guamnya tidak setuju.

Disebabkan itu Nina keluarkan surat pemberhentian sebelah pihak dan sebagai majikan apabila sudah mengeluarkan surat penamatan tempoh bekerja, pekerja sudah tidak boleh berbuat apa-apa lagi.

Dalam pada itu, dia turut memaklumkan pihak akan membuat laporan ke Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPP).

mizz nina

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...