Dibenarkan Keluar Wad, Dr Zulkifli Sah Pulih Daripada COVID-19

COVID-19

Dibenarkan Keluar Wad, Dr Zulkifli Sah Pulih Daripada COVID-19

Selepas disahkan pulih sepenuhnya daripada COVID-19, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri kini dibenarkan keluar dari wad hari ini.

Menurutnya, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkannya untuk mengutamakan rehat di rumah sehingga selesai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Advertisement

“Buat masa ini, saya disarankan untuk tidak bertemu sesiapa. Justeru, sebarang pertemuan adalah melalui sidang video sahaja. Saya akan terus memantau semua gerak kerja dan laporan agensi-agensi agama di bawah tanggungjawab saya dari rumah. Apa-apa makluman umum akan disampaikan melalui media sosial saya,”

Tambahnya lagi, fokus utama kini adalah penyaluran bantuan kepada kelompok sasar terutamanya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Selangor. Hal Ini kerana, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat PKPB telah dilaksanakan, oleh itu segala jenis bentuk bantuan wajar disalurkan dengan segera.

Terdahulu, pada 5 Oktober lepas, Dr Zulkifli disahkan positif pandemik COVID-19. Mendengar perkhabaran itu, ramai dalam kalangan masyarakat seakan tampil mendoakan kesejahteraannya agar sentiasa berada dalam lindungan Illahi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...