Bagi mereka yang selalu mengguna peta atau Google Maps pasti pernah mengalami situasi di mana mereka tidak menjumpai destinasi yang dicari.
Berita gembira buat semua apabila Google mengumumkan beberapa kemas kini membolehkan orang awam untuk menyumbang ke Google Maps yang akan menjadi perkongsian dan mencari destinasi tempatan dengan lebih mudah.
“Untuk memastikan peta anda mudah dicari di dunia nyata, kami memudahkan sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Google untuk menyumbangkan pengetahuan tempatan mereka mengenai lebih dari 200 juta tempat di Google Maps“.
“Kemas kini oleh orang awam membantu orang ramai membuat keputusan lebih baik mengenai apa yang harus dilakukan dan kemana tempat tujuan”.
Pengarah Produk Google Maps, Kevin Reece berkata demikian dalam satu kenyataan.
Ciri menarik yang diperkenalkan Google Maps ialah pengguna dibenarkan untuk menambah jalan baru atau yang tidak dapat dikesan. Anda hanya perlu ke google.com.my/maps dan klik menu di sudut kiri atas, pilih ‘edit peta’ dan pilih senarai pilihan yang anda boleh lakukan.
Lebih menarik, anda sebenarnya boleh menambah jalan baru dengan menekan ‘jalan yang hilang’ dan kemudian melukis jalan baru beserta nama jalan tersebut.
Selain itu, anda juga boleh memperbaiki maklumat yang salah dan berkongsi maklum balas. Google akan memeriksa dan mengemas kini jalan raya sebelum menerbitkannya bagi memastikan suntingan yang dibuat adalah tepat.
Google akan melancarkan kemas kini foto dalam beberapa minggu akan datang. Pengguna boleh berkongsi lebih banyak maklumat yang menarik beserta gambar sebagai pandu arah buat mereka.
Wahhh, lepasni makin banyak lah tempat menarik yang orang boleh recommend..