Dibedah Siasat Oleh Doktor Lelaki, Individu Persoal Aurat Arwah Zara – “Hukum Gapo Aurat Si Mati..”

Kehidupan

Dibedah Siasat Oleh Doktor Lelaki, Individu Persoal Aurat Arwah Zara – “Hukum Gapo Aurat Si Mati..”

Kes melibatkan Allahyarham Zara Qairina, pelajar Tingkatan 3 sebuah sekolah berasrama penuh yang ditemui meninggal dunia dipercayai jatuh tingkat 3 masih dalam perdebatan dan perbincangan hangat memandangkan ia masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Terbaru, Allahyarham Zara yang dikebumikan tiga minggu lalu telah menjalani proses bedah siasat yang memerlukan kuburnya digali semula untuk tujuan berikut.

Advertisement

“Assalamualaikum Zara..” – Ibu Kongsi Momen ‘Berjumpa’ Kembali Setelah 3 Minggu Dikuburkan

Sehingga artikel ini ditulis, Allahyarham sudah pun selamat dikebumikan semula di Sipitang setelah proses bedah siasat dijalankan selama 8 jam berakhir malam semalam.

Kini, satu Malaysia sedang menunggu laporan perubatan rasmi bagi menunjukkan sama ada Allahyarham ada menerima sebarang unsur jenayah di tubuh badannya.

Di media sosial, netizen tertumpu kepada perkembangan terkini yang dikeluarkan media berkenaan kes tersebut.

Namun, seorang pengguna media sosial ada meluahkan rasa pelik melihatkan netizen yang mempersoalkan aurat arwah ketika dibedah siasat semalam.

statement

Hantaran tersebut kemudiannya menerima kecaman bertubi-tubi daripada netizen yang merasakan ia tidak perlu dibangkitkan ataupun dipersoal.

“Ni dah jadi darurat. Habis tu nurse2 byk je perempuan. Mcm mana tu. Islam ni tak menyusahkan pun. Sblum menulis kaji dulu lah. Sblum pnjg lebar, nak tnya 1 je. Si penanya ni hisap rokok atau vape tak. Yg tu sah2 haram tp masih ramai buat. Idiot statement” komen seorang netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ibu zara
2025-08-11 12:03:53

"Assalamualaikum Zara.." - Ibu Kongsi Momen 'Berjumpa' Kembali Setelah 3 Minggu Dikuburkan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...