Dibandingkan Dengan ‘Senrose’ Yang Lain, Betty Rahmad Pertahan Uqasha – “Hati-Hati Bercakap, Dia Bukan Jenis Pandang Harta”

Hiburan

Dibandingkan Dengan ‘Senrose’ Yang Lain, Betty Rahmad Pertahan Uqasha – “Hati-Hati Bercakap, Dia Bukan Jenis Pandang Harta”

Pelakon dan usahawan, Betty Rahmad tampil mempertahankan sahabatnya Uqasha Senrose yang kini menjadi perhatian umum susulan kemelut rumah tangganya dengan pelakon Kamal Adli.

Menurut Betty atau nama sebenarnya Norsha Rahmad, 45, dia mengenali Uqasha sebagai seorang wanita yang rajin dan berdikari, bukan materialistik seperti yang dituduh segelintir pihak.

Advertisement

Uqasha yang saya kenali bukan jenis perempuan yang pandang harta benda. Dia rajin, sanggup turun padang berniaga, buka booth ke sana sini untuk cari rezeki.

Korang tak kenal dia, apatah lagi pernah bersembang. Jadi, berhati-hatilah dalam menulis dan berkata-kata. Semoga Allah permudahkan urusan Sha.

Namun, hantaran Betty itu mencetus pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang menasihatkannya agar tidak mencampuri urusan rumah tangga orang lain.

Enggan berdiam diri, Betty menegaskan tujuannya hanyalah untuk meluruskan persepsi salah, bukan mencari perhatian.

Saya bersuara sebab baca ramai yang menuduh dia nak cerai sebab tak ada ‘life’ dan sebab suami tak kaya macam adik-beradik lain.

Susah betul sekarang, kena cakap benda buruk baru orang suka. Kalau cakap perkara baik, terus kena hentam. Tak mengapa, ikut suka kalianlah.

Terdahulu, dunia hiburan gempar apabila Uqasha hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi prosiding pertama kes perceraian, namun ia ditangguh ke 28 Oktober selepas Kamal tidak hadir.

Menurut peguam syarie Uqasha, Nurfarhana Abd. Manaf, anak guamnya memfailkan perceraian atas alasan tiada persefahaman dan difahamkan mereka sudah tidak tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu.

Untuk rekod, pasangan ini bernikah pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang, dan dikurniakan seorang anak perempuan, Hawra Uqaira.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

hafiz mahamad
2025-10-23 10:42:29

"Patut Kena Pecat Je.." - Hafiz Mahamad Mohon Maaf Bagi Pihak Pekerja Gara-Gara Sindir Pizza Mendonia Cik Epal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...