Diarah Masuk Peti Mayat, Fauziah Ahmad Daud Alami Trauma

Hiburan

Diarah Masuk Peti Mayat, Fauziah Ahmad Daud Alami Trauma

Pelakon veteran, Fauziah Ahmad Daud berkongsi peristiwa yang tidak dapat dilupakan apabila dia mengalami demam kira-kira seminggu akibat trauma selepas diarahkan untuk masuk ke dalam peti mayat.

Fauziah atau lebih mesra disapa Ogy berkata peristiwa itu berlaku di bilik forensik Hospital Kuala Lumpur merupakan antara pengalaman berharga yang tidak dapat dilupakannya.

Advertisement

Menurut Ogy, 59, dia telah diarahkan oleh Tan Sri Jins Shamsuddin untuk masuk ke dalam peti mayat dan tidak berani untuk berkata tidak walaupun dia baru sahaja melihat mayat di dalam bilik mayat tersebut.

Dia kata ‘masuk sekarang!’ Saya dan abang Latif Ibrahim pun masuk

Ogy berkongsi kisah itu bagi mengimbas pengalaman berharga semasa pengambaran filem Esok Untuk Siapa arahan Jins Shamsuddin yang ditayangkan pada tahun 1982.

Benar-benar menimbulkan keinsafan sehingga saya demam. Selain sejuk dan gelap, telinga saya berdengung.

Perkongsian itu dilakukan secara IG Live menerusi akaun Instagram Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) sebagai usaha menyemarakkan sambutan Festival Filem Malaysia ke 31 (FFM31) yang akan berlangsung pada 10 Disember depan.

bayaran korupsi dewan semandung ditangguhkan
4 years ago

"Kak Ogy Janji Bayar 16 Mei" - Khir Rahman Kesal Fauziah Ahmad Daud Tangguh Lagi Bayaran

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...