Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar telah mengongsi melalui akaun Facebook bahawa primadona seni suara Malaysia sejak tahun 70-an, Uji Rashid telah membuat permohonan Projek Perumahan Rakyat atau PPR pada Rabu.
Sempat berbual dengan penyanyi veteran yang banyak berjasa dalam industri muzik tanah air Uji Rashid yang datang ke pejabat saya tadi.
AdvertisementBeliau ada memohon rumah PPR sebelum ini dan saya diberi maklum beliau akan diminta keluar dari rumah sewa di Ampang dalam masa terdekat atas sebab yang sangat menyedihkan.
Memandangkan permohonan menepati syarat, saya beri kelulusan khas untuk beliau dan keluarga dapat mendiami PPR dengan segera. Semoga bantuan ini dapat meringankan beban dan memberi sinar baru dalam kehidupan Uji Rashid sekeluarga.
mStar Online pula melaporkan, Uji atau nama sebenarnya Fuziah Haroun Al Rashid dikatakan telah cuba mendapatkan bantuan kewangan dan perumahan dari pelbagai sumber namun semuanya tidak berjaya, Antara yang menolak permohonanannya ialah Kementerian Kewangan.
Uji hanya menjana pendapatan dari aktiviti seninya.-beautifulnara.com

Anonymous
March 17, 2018 at 6:49 pm
Hi BN, for now news update stated that Uji Rashid terduduk dgr news dia kena keluar rumah which is not true and she is dissapointed. Are you going to tarik this news back? As respect towards others? Or memang as a journalist for artist ni kebal of neraka? Can u explain on why sensational news need to stay permanent even though its false or fake? Kindly waiting for your answer. Thank you.
Pikio pikio
March 16, 2018 at 10:00 pm
In the first place ngapa gambar tu di viralkan? Tebal Muka tau! Sorang lepas sorang artis mohon rumah PPR. Siapa pula lepas ni? Aku simpati.