“Diaorang Dah Tak Ada Kena Mengena..” – Puteri Sarah Nafi Bekas Mentua Beri Rumah, Kini Tinggal Di Kondo Milik Sendiri

Hiburan

“Diaorang Dah Tak Ada Kena Mengena..” – Puteri Sarah Nafi Bekas Mentua Beri Rumah, Kini Tinggal Di Kondo Milik Sendiri

Baru-baru ini, aktres dan usahawan terkenal, Puteri Sarah Liyana terkejut apabila timbul spekulasi yang mengatakan bahawa bekas keluarga mentuanya iaitu, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail telah membelikan rumah untuknya.

Hanya gosip netizen

Menjawab kepada dakwaan itu, Sarah menafikan tuduhan berkenaan dan bertegas bahawa rumah yang didudukinya sekarang adalah hasil titik peluhnya sendiri tanpa meminta dari bekas keluarga mentuanya.

Advertisement

Hah? Kenapa pulak bekas mentua nak belikan saya rumah? Diaorang dah tak ada kena mengena dengan saya dah. Saya beli sendiri dengan duit sendiri.

 

Kita kerja, ada duit sendiri kenapa nak harapkan orang. Setiap yang gosip tu tak baik tau. Penat kita kerja siang malam, tidur tak cukup, makan tak kenyang mandi tak basah.

Mencari rumah baru

Pada masa yang sama, pelakon ini turut mendedahkan niatnya yang sedang mencari tempat tinggal baru yang lebih berhampiran dengan ibunya supaya dapat menjaga anak-anaknya sekiranya dirinya sibuk bekerja.

Sekarang saya duduk di condo, tapi dalam masa sama nak cari rumah landed, guarded and gated.

 

Saya nak cari rumah yang dekat dengan rumah mama saya. Ada di kawasan tu cuma mahal sikit. Tapi tak apa, perlahan-lahan, kita naikkan bisnes dulu, kumpul duit, berjimat.

 

Saya tak boleh jauh dari mama saya sebab kadang pergi shooting balik lambat, jadi mama la yang tolong ambil dan hantar ke sekolah, bawa diaorang ke rumah mama.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Puteri Sarah Liyana
3 months ago

"Allah Ada, Lawan Tetap Lawan" - Disaman RM1 Juta Oleh Puteri Sarah Liyana, Bekas Pekerja Kekal Tenang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...