Pelakon Shima Anuar telah berkongsi pengalaman beliau menghadapi anak yang mempunyai amukan melampau ataupun lebih dikenali sebagai tantrum.
Shima berhadapan cabaran tersebut melalui anak pertamanya, Marian Sophia yang sering menangis dan mengamuk apabila terbangun di waktu malam ketika tidur.
Mempunyai banyak kemahuan yang perlu dituruti, pelaon filem 7 Petala Cinta ini juga mengatakan anaknya itu kadang-kadang menangis dan menjerit satu jam tanpa henti di tengah malam.
Namun, Shima yang berkongsi mengenai pengalaman itu di Instagram miliknya berkata bahawa dia menerima semua dugaan ini sebagai cabaran dan sentiasa positif dalam menghadapinya.
Menurutnya, hanya ada satu ‘ubat’ dalam mengatasi perkara ini iaitu sabar.
“Serba tak kena, ubat dia satu saja, SABAR. Bertabahlah ibu bapa di luar sana yang ada masalah sama macam ni, diorang akan kembali okay nanti, Insya-Allah,”
Manakala di ruangan komen, ramai yang berkongsi tips dan bersimpati dengan nasib yang menimpa aktress ini. Shima yang mendirikan rumah tangga bersama seorang ahli perniagaan, Mohd Solih Toha pada 8 April 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Marian Sophian dan Mikhael Imaan.