Baru-baru ini tular tentang rumah dan kereta milik penyanyi Indonesia, Irwansyah yang disita pihak bank gara-gara dianiayai adik kandungnya.
Adiknya, Hafiz Fatur telah memalsukan tandatangan Irwansyah untuk membuat pinjaman bank sebanyak 2 billion Rupiah (RM600,000).
Namun, Irwansyah menarik semula laporan polis terhadap adiknya yang telah menyebabkan rumah dan keretanya disita pihak bank.
Kemungkinan akan kami tunda atau menarik semula laporan terhadap Hafiz.
Hafiz Fatur dilaporkan ke Balai Polis Metro Jakarta Selatan pada 19 November 2021 dengan dakwaan pemalsuan tanda tangan akaun pinjaman bank.
Kami baru keluarkan surat berhubung penundaan pemeriksaan dan sekaligus menyampaikan bahawa kami memilih fokus ke tindakan sivil.
Difahamkan, sehingga kini Hafiz Fatur yang didakwa masih berstatus sebagai buruan polis.
Terdahulu, Irwansyah menjadi salah seorang mangsa apabila Hafiz Fatur memalsukan dokumen dan tandatangan untuk membuat pinjaman wang berjumlah 2 bilion Rupiah (RM600,000) daripada bank.