Dianggarkan 20 Migran Maut Selepas Dicampak Penyeludup Ke Laut

Dunia

Dianggarkan 20 Migran Maut Selepas Dicampak Penyeludup Ke Laut

Dianggarkan 20 orang lemas selepas penyeludup mencampak puluhan migran ke laut ketika berada di perairan antara Djibouti dan Yaman. Apa kes ni?

Ujar jurucakap Wilayah Timur dan Horn of Africa, Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM), Yvonne Ndege, berkata penyelamat percaya sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh.

“Masih ada yang belum ditemui dan kerja mencari mereka diteruskan,” katanya kepada AFP.

Sekurang-kurangnya 200 pendatang termasuk kanak-kanak berada dalam kapal ketika meninggalkan Oulebi di Djibouti awal semalam menuju ke Yaman, kata mangsa yang selamat.

Advertisement

“Daripada 80 orang yang dipaksa meninggalkan kapal itu, hanya 60 orang dapat kembali berenang ke pantai,” katanya.

Sehingga semalam, lima mayat ditemui dan dikhuatiri jumlah kematian akan terus meningkat.

Sementara itu, mangsa yang terselamat diberikan rawatan perubatan di bandar pelabuhan Djibouti, Obock dan maklumat mengenai mereka masih dikumpulkan.

Dua kejadian sama pernah dilaporkan di Teluk Aden pada Oktober lalu, yang meragut sekurang-kurangnya 50 nyawa migran, kata IOM.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...