Dianggap Sebagai Penyelamat Konsert Melly Goeslow, Aina Abdul Akui Terharu – “Tak Sangka, Saya Rasa Ramai Tak Suka Saya Sejak AJL39..”

Hiburan

Dianggap Sebagai Penyelamat Konsert Melly Goeslow, Aina Abdul Akui Terharu – “Tak Sangka, Saya Rasa Ramai Tak Suka Saya Sejak AJL39..”

Penyanyi popular, Aina Abdul enggan terlalu bersorak gembira selepas dia dikatakan menjadi penyelamat Konsert Ada Apa Dengan Melly..? Prom Nite baru-baru ini.

Melly kurang sihat

Memetik laporan Kosmo! Online, meskipun dia mengakui terharu dengan pujian yang diberikan. namun Aina atau nama lengkapnya Nurul Aina Abdul Ghani mendedahkan bahawa tahap kesihatan Melly pada malam tersebut tidak berada dalam keadaan baik sehingga menjejaskan kualiti persembahannya.

Advertisement

aina abdul

Ramai tak nampak apa yang berlaku di belakang pentas, saya nampak sendiri keadaan Melly yang memang tidak sihat.

Aina turut memberitahu Melly atau nama sebenarnya Melliana Cessy Goeslow sudah beberapa hari kurang sihat sebelum konsert itu berlangsung namun tetap tampil memberikan persembahan yang terbaik.

Selama dua tiga hari dia bertarung dengan kesihatan. Tapi dia tetap cuba gembirakan semua.

 

Niat saya dan Melly memang nak ‘sing-along’ bersama peminat pada malam itu, dan saya rasa kami berjaya. Saya doakan dia cepat sembuh, kembali berkarya dan terus menghibur.

Rasa dihargai

Dalam pada itu, penyanyi itu tidak menyangka ramai pihak mula membuka mata terhadap bakat nyanyian sekaligus membuatkan dia rasa seperti dihargai semula.

aina abdul

Kata Aina, dia menganggap komen positif yang diterima sebagai hikmah di sebalik ujian.

Saya tak sangka orang boleh komen begitu. Saya rasa ramai tak suka saya sejak kemunculan di AJL39 lalu.

 

Benda tu memang ganggu fikiran saya selama beberapa bulan. Sebab tu saya bawa diri ke negara seberang untuk mencari arah baru untuk dapat semangat kembali berkarya.

 

Maksudnya kesedihan kita sebelum ini tak sia-sia. Lambat-laun, hati yang tulus dan jujur tetap akan diterima.

Sebelum ini, konsert Ada Apa Dengan Melly..? Prom Nite pada 31 Mei yang lalu mendapat kecaman ramai susulan nyanyian Melly yang disifatkan sebagai tidak menepati jangkaan penonton.

Walau bagaimanapun, kemunculan Aina sebagai penyanyi jemputan menerusi lagu Cinta dianggap sebagai penyelamat konsert tersebut.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

khadijah ibrahim suka aina abdul, bandingkan dengan madonna
3 months ago

"Sekurangnya Dia Boleh Menyanyi Nak Dibandingkan Dengan Madonna, Aina Abdul Punya Bakat Besar" - Khadijah Ibrahim

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...