Dianggap ‘Menyemak’, Kelly Azman Dikecam Tidak Pandai Menilai Bakat Dalam Program All Together Now Malaysia (ATNMY)

Hiburan

Dianggap ‘Menyemak’, Kelly Azman Dikecam Tidak Pandai Menilai Bakat Dalam Program All Together Now Malaysia (ATNMY)

Salah seorang juri program All Together Now Malaysia (ATNMY), Kelly Azman semalam dikecam hebat oleh netizen apabila dia didakwa tidak pandai menilai bakat-bakat baru yang membuat persembahan dalam program hiburan tersebut.

Malah, Kelly juga dianggap tidak layak untuk menjadi juri  dan hanya ‘menyemak’ sepanjang program tersebut berlangsung.

Advertisement

Kelly yang dihubungi media baru-baru ini menjelaskan bahawa dia memang dihujani kata-kata makian dan menerima banyak komen negatif di media sosial namun menerima semuanya dengan hati yang terbuka.

“Tidak hanya di media sosial, malah sejak malam tadi mesej peribadi Instagram saya turut dihujani cacian dan makian daripada netizen. Biarlah apa orang nak cakap kerana saya mempunyai alasan tersendiri dalam membuat pilihan untuk beri markah kepada peserta.”

Ujarnya lagi, meskipun hebat dikecam namun bagi dia, ada persembahan yang sememangnya layak dan dia berdiri memberikan markah.

Kata Kelly, setiap individu mempunyai citarasa dan selera masing-masing kerana ianya subjektif.

“Biarpalah apa orang nak cakap mengenai diri saya kerana masing-masing ada selera dan pilihan yang berbeza..” tambahnya lagi.

Sekadar info, ATNMY merupakan sebuah rancangan adaptasi daripada program All Together Now yang berasal daripada United Kingdom.

Program hiburan tersebut turut dibarisi juri yang terdiri daripada selebriti seperti Siti Nordiana, Zizan Razak, Jaclyn Victor, Liza Hanim, Kaka Azraff dan ramai lagi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...