Kita selalu diingatkan untuk beringat dan berwaspada dengan taktik scammer kerana mereka ini akan sentiasa ada modus operandi yang baru.
Kadang kala tanpa kita sedar, scammer ini adalah dari individu atau pertubuhan yang terkenal dan diketahui ramai atau mungkin berselindung di sebalik kerja amal.
Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi media sosial hari ini mengingatkan orang ramai untuk berhati-hati dengan aktiviti pengumpulan dana yang mencurigakan.
Foto tangkap layar yang dikongsi BNM itu dengan serta merta telah meraih perhatian warganet kerana ia merupakan daripada aplikasi yang dikenali ramai.
Menerusi untaian di Twitter, ramai yang tahu bahawa foto itu adalah daripada aplikasi Misi Rakyat dan sesetengah individu mengkritik BNM kerana memberikan statement bahawa ia ‘mencurigakan’.
Malah, ada yang persoal mengapa tidak periksa banyak lagi aktiviti pengumpulan dana yang lain seperti Ebit Lew selain turut berpendapat ianya untuk kebaikan ramai memandangkan misinya adalah membantu yang memerlukan.
Sementara itu, pengasas Misi Rakyat yang dikenali sebagai Founder Misi telah pun tampil bersuara menerusi akaun Twitter peribadinya.
Saya akan datang ke BNM untuk membuat penjelasan dan mohon bantuan untuk rakyat bantu rakyat.”
View this post on Instagram