Diana Rafar Imbau Detik Zamarul Hisham Lafaz Cerai, Diserang ‘Anxiety’ Hingga Bisnes Terpaksa Tutup – “Saya Rasa Seperti Nak Mati…”

Hiburan

Diana Rafar Imbau Detik Zamarul Hisham Lafaz Cerai, Diserang ‘Anxiety’ Hingga Bisnes Terpaksa Tutup – “Saya Rasa Seperti Nak Mati…”

Pelakon Diana Rafar mengimbau kembali perceraiannya dengan suami, aktor Zamarul Hisham yang berlaku Januari 2015.

Menerusi temu bual baru-baru ini, Diana berkata dia mengalami kesukaran untuk berjalan sebaik sahaja Zamarul melafazkan talak.

Advertisement

Hari yang abang (Zamarul) lafaz, saya jalan tak pijak bumi. Saya tak pernah kongsi benda ini. Masa dia lafaz je, barulah saya faham ‘oh, ini ke yang Allah sebut tiang Arash bergegar. Memang dekat bumi ini bergegar ke’.

diana rafar zamarul hisham

Saya rasa memang gegar dan tak boleh nak jalan, tak boleh pijak bumi… pegang dinding. Rasa seperti nak mati, sakit ke. Dia steady, yela.. Kita perempuan emosi kan masa tu.

 

Diserang anxiety, spa terpaksa tutup

Kata Diana lagi, dia turut mengalami serangan ‘anxiety’ sehingga terpaksa menjual bisnes spa miliknya.

Lepas itu saya diuji sakit, tak boleh bernafas, tak boleh jumpa orang, takut nak mati.. Lebih kurang macam anxiety la kan. Tutup spa, tutup terapi… tinggal pesakit saya, jual spa semua.

Tambah Diana, ketika itu dia terasa Allah menarik satu per satu nikmati hidup bermula dengan tiada pekerjaan dan duit.

Laki pun tak ada, kita pun tak nak jumpa keluarga.. Dia tarik segala nikmat, masa tu saya belum berhijab lagi.

@hijabistamy “Rasa dunia bergegar, kaki tak pijak di bumi” Ditimpa ujian berat, @dianarafar pernah mengalami rezeki ditarik satu persatu. Begitulah komen Diana ketika ditemui di acara #daripoketartiskepoketartis tempoh hari. #hijabistamag #iamhijabi #hijabista ♬ original sound – Hijabista, KL MY

Diana dan Zamarul mendirikan rumah tangga pada tahun 2000 dan bercerai pada Januari 2015. Mereka bagaimanapun rujuk semula pada 14 Februari kira-kira sebulan selepas perceraian.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Harith dan isteri bercerai talak satu
4 months ago

Tiada Lagi Persefahaman, Harith Iskander Dan Dr Jezamine Lim Bercerai Talak Satu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...