Sedia maklum, penghijrahan selebriti yang cukup dikenali ramai iaitu Neelofa sememangnya merupakan satu inspirasi buat kaum wanita di luar sana untuk menjadi wanita muslimah yang lebih baik.
Boleh dikatakan pelbagai fesyen pakaian muslimah yang sudah dipakai oleh Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor dan semuanya lebih kepada jubah yang selesa untuk bergerak apabila mempunyai urusan di luar rumah.
Bagaimanapun, baru-baru ini, tular satu video di platform TikTok memaparkan bekas pengacara MeleTOP tersebut memakai sepasang jubah, namun ia membuat kebanyakkan warganet berasa kurang senang melihatnya.
Melalui video yang dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial berkenaan, Neelofa atau mesra dipanggil Lofa telah memakai sepasang jubah berwarna hijau sambil keluar dari kereta dan tujuannya ketika itu hendak bertemu dengan selebriti yang juga penghijrahan dikagumi banyak pihak iaitu Diana Amir.
Netizen kebanyakkannya mendakwa fesyen yang diperagakan oleh Neelofa lebih kepada henyak berfesyen kerana jubah yang dipakainya terlalu labuh, hingga jelas terlihat Lofa kelihatan susah untuk berjalan.
Disebabkan itu, ada beberapa netizen membandingkan cara pemakaian Lofa dengan Diana dan rata-rata berkata pakaian yang sebetulnya perlu diikut adalah cara pemakaian Diana, dimana ia terlihat tidak terlalu berlebihan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
anonymous
September 20, 2022 at 4:52 pm
promosi set kain cadar dan lelambu bergerak
Bitterless
September 20, 2022 at 4:35 pm
Allahuakbar bitternye reader kat sini. At least die berjubah/berpurdah warna-warni dpt beri gambaran bile menutup aurat penuh tidak la perlu berwarna hitam, bak pengobom berani mati. Menarik hati untuk mereka yang nak menutup aurat sepenuhnya. Kan lumrah wanita itu ingin kelihatan cantik walau dah menutup aurat. Cik aa, saya yang x berpurdah, dan berbaju kurung ke pejabat pun, kalau solat, x pakai kain baju kurung tu, kerana syak2 dah menyapu lantai, bukan die tak tahu, kan die banyak sertai kelas2 ilmu agama. bersangka baik. nanti kita suruh die buat tutorial cara dia nak solat. Disclaimer : Saya bukan peminat dia
aa
September 20, 2022 at 4:26 pm
maaf, nak tanya, kalau solat nanti kena tukar baju ke camna…yelah labuh baju dah menyapu jalan…takut terkena najis..tak sah solat
Anonymous
September 20, 2022 at 6:16 pm
Kepada saudari/saudara aa
Tak perlu tukar baju kalau tak was-was. Perempuan boleh ikut hukum isbal iaitu melabuhkan pakaian lebih dari buku lali, sehingga sehasta panjangnya. Tanah / debu yang disapu selepasnya dianggap pembersih bagi kekotoran yang sebelumnya, maka dianggap pakaian itu bersih. Melainkan sekiranya terkena najis, hendaklah dibersihkan najis tersebut sebelum menunaikan solat menggunakan pakaian yang sama.
Anonymous
September 20, 2022 at 3:17 pm
baru tahu ke netizen oiiii
Anonymous
September 20, 2022 at 2:52 pm
nampak macam dia dah gemuk